Dis Ols Ma Followers

Wednesday, July 7, 2010

~~..bUat Yang DiCintai..MencIntai & Memiliki..~~

Buat Mu yang Dicintai ....
Salam ku mula bicara..salam kasih sejahtera ku hulur bersama..Agar bahagia kau disana..Ku doa moga kau sihat seadanya..ku atur bicara kita..demi meniti hari yang pernah dan bakal berlalu pergi.Ku kira tiap detik dan waktu yang pergi meninggalkan ku...ku hitung tiap saat yang bakal ku tempuh..ku korban segala yang ku mampu kerna itu semua hanya untuk mu..hanya untuk insan yang aku cintai..ku tanam rasa suka hingga tumbuh rasa sayang timbul pula bunga cinta yang berbuahkan rasa rindu namun pabila angin menyentuh kalbu segala rasa gugur ke bumi...namun dengan tekad ku cuba dan terus mencuba menyemai segala pokok-pokok cinta agar hatimu aku yang punya..ku kirim kata cinta ku lafaz kata rindu agar kau tahu betapa sayangnya aku padamu..namun kerasnya kerikil masih mampu untuk aku pecahkan namun kerasnya hatimu membuat aku rasa terkilan..ku makan hati berulam kasih sayang kerana kesabaran perlu aku jadikan pelepas dahaga agar santapan seiring dengan kemahuan..ku bersabar dan berserah hanya pada yang Satu agar dahagaku hilang dengan air yang bergulakan kasih dan sayang..."Awak...sya sayang awak sgt..Tapi kenapa keras sgt hati tuh..??Sukar untuk menerima..???Sukar untuk dilembutkan..??"errrmmm...maseh lagi mencuba & mendekati kerna rasa untuk mendampingi dan menyayangi buat aku sedia menerima seadanya dirimu....
Kau - yang sukar diramal..kau yang sukar dibaca..kau yang sukar difahami..kau yang sukar menerima..kau yang takut menyakiti..kau yang penuh dengan rahsia..kau yang senget..hahaha...

Buat Mu yang Mencintai ....
Salam yang kau beri ku sambut mesra..tanda penerimaan sebagai kawan dan teman..ku susuli dengan sikap yang terbuka membuat kita makin selesa bersama..masa berlalu pergi dan hari berganti hari dan bila tiba saatnya kata-kata cinta & sayang kau luahkan..keinginan untuk memiliki dan menemani..ku terima keikhlasan hatimu dengan rasa yang selesa dan terbuka..namun ada benteng dan batas yang menghalang jalan untuk aku menerimamu...bukan ku pandang rupa tidak juga harta kerna aku hanya insan biasa yang tidak mahu menilai dari keajaiban dunia..ku sambut mesra namun xku tolak dgn kata hina..ku jelaskan yang kita xmungkin dapat bersama kerna aku bukan yang terpilih..aku manusia yang penuh dengan kekurangan penuh dengan kepahitan yang 1 hari nanti akan buat kau rasa menyesal..dunia yang hanya aku cipta untuk menutup siapa aku yang sebenarnya kerna ada perkara yang aku terpaksa sembunyikan diraut wajah yang jelas terpampar didepan mata..dan aku pasti kau bakal tau juga satu hari nanti..bukan senang mahu berdampingan kerna aku insan lemah yang penuh dengan kedaifan..aku wanita yang tak sempurna di mana-mana mata lelaki yang memandang...maaf buat mu teman..ku pohon seribu kemaafan..bukan ku xmahu namun kelemahan menyukarkan keadaan..seandainya kau tahu berterus terang adalah sakit dan berkata benar adalah perit...kini ku tahu andai jika masih diketika ini kau maih menyayangi ku..ku jua begitu..kerna sayang ku sebagai seorang sahabat dan teman xkan pernah pudar walau sedikit pun...ku tahu kau sering bersama dengan ku dikala sukar dikala senang dikala menangis dikala ketawa...namun kita tak bisa untuk bersama kerna kenyataan yang bakal dihadapi di masa depan bakal menimbulkan kesedihan & keperitan kerna sukar menerima keadaan...terima kasih atas segalanya..jangan bimbang kerna aku xkan pernah hilang...
Kau - yang baek hati..kau yang penyabar..kau yang berterus terang..kau yang sabar menanti..kau yang senang berbicara...

Buat Mu yang Memiliki .....
Ku hulur tangan dan kau sambut dengan penuh kasih sayang..Kau genggam erat seolah-olah kau tak mahu melepaskan ku pergi...kerna hati kita sama tak mahu berlalu pergi..cinta dan sayang yang kau beri menutup tiap-tiap rongga yang pernah terbuka..kasih yang kau curahkan menjadikan kau kekuatan ku...kerna sedalam mana lautan yang aku renangi kau belum pernah sekali meninggalkan ku...namun kita pernah goyang satu ketika dulu...kerna kecurangan hati masing-masing yang hanya mahukan keseronokan dalam perhubungan...kau bersama dia dan aku bersama dia..namun masa sering menyebelahi kita dan kerna itu kita masih terus bersama..kau yang sanggup berkorban apa saja..xkira masa, tenaga, mahupun harta dunia..kau insan yang aku senang untuk bersama dan aku insan yang kau cinta..saat cinta itu bersemi ku lihat masa ku renung hari kerna tiap saat kau menemani ku..kau tahu siapa aku...kau sedar akan hadirnya mereka namun kepincangan yang ada tidak kau tolak dari terus mahu bersamaku..kau tetap memimpin tangan aku hingga satu masa kau genggam erat..kau belai dan manja kan aku..kau terima dan layan setiap kerenah dan rengek ku...kau menangis disaat aku menitiskan air mata dibahu mu..kau sapu setiap air mata yang gugur di pipi ku...sesungguhnya besar sayangmu buatku...kau buat aku rasa benar-benar dimiliki..disayangi dan dicintai..katamu hanya aku saja dihati dari dulu hingga kini..namun keadaan yang jauh dan sukar untuk bersama buat kita terpaksa berpisah untuk sementara waktu..namun hatiku tetap sabar menunggu..ku hitung hari dan waktu menanti saat yang sesuai untuk kita menghabiskan masa bersama..ku ingat lagi saat kau sanggup untuk menemani saat sakit ku dulu...kau sanggup menghabiskan waktu malam dan siang mu demi memastikan aku sihat seperti sedia kala...hatimu meruntu dan memohon agar aku kembali sihat..dan bagi ku kau peneman ku yang setia..kau penyayang..kau pencinta..namun kini mampukah untuk kita terus bersama kerna kerisauan hati membataskan aku untuk terus bermimpi denganmu..kau mengerti maksudku..kau faham inginku...ku berserah kerna dari waktu itu dan hingga kini kau lah yang memiliki.......
Kau - yang memahami, kau yang mencintai..kau yang menyayangi..kau yang sanggup berkorban..kau lah segalanya...

::..lUlU mAya..::


**ku susun setiap butir kata agar kenyataan ku sempurna..ku ringkaskan jalan cerita agar senang untuk difahami..setiap kamu adalah berbeza..berbeza dari segalanya...maaf andai terlepas bahasa tersalah tutur kata...ku pohon sepuluh jari memohon seribu kemaafan.....

No comments: